Penerbitan Istanbul Aku Datang!

Istanbul Aku Datang! ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diarahkan oleh Bernard Chauly untuk Redfilms dan Grand Brilliance. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Istanbul, Turki. Tenaga kerja filem ini termasuk Haris Hue melakukan sinematografi, Wong Hui Lynn menyediakan suntingan, manakala pemilihan pelakon dijalankan oleh Farid Ramlee.

Pelakon utama terdiri daripada Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy, dan pelakon pembantu terdiri daripada pelakon-pelakon Turki. Aizat Amdan membuat penampilan khas dengan membawakan peranan sebagai Ijoi. Watak Dian dalam Istanbul Aku Datang! pada asalnya ditulis untuk Fazura[2] tetapi menarik diri kerana terdapat beberapa babak yang bertentangan dengan prinsipnya,[2] termasuk adegan berpelukan dengan pelakon lelaki.[2] Filem ini merupakan filem cetera keempat arahan Bernard, filem kedua Lisa di bawah arahan Bernard dan filem pertama dibintangi oleh Tomok, bekas vokalis kumpulan New Boyz.

Rujukan

WikiPedia: Istanbul Aku Datang! http://asianwiki.com/2013_(8th)_Osaka_Asian_Film_F... http://perangfilem1.blogspot.com/2013/03/wakil-mal... http://www.budiey.com/senarai-nama-finalis-anugera... http://www.budiey.com/senarai-pemenang-anugerah-la... http://www.budiey.com/senarai-penuh-pemenang-anuge... http://www.ceritamaster.com/2012/01/istanbul-aku-d... http://dailyseni.com/index.php/home/news/item/321-... http://www.imdb.com/title/tt2436328/ http://www.imdb.com/title/tt2436328/ratings?ref_=t... http://www.mummynemo.com/2013/03/senarai-nama-peme...